Saturday 12 May 2012

MENGHORMATI NILAI- NILAI MURNI DAN AMALAN AJARAN PPELBAGAI AGAMA LAIN



CIRI CIRI HORMAT- MENGHORMATI

  1.  Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat 
  2.  Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain 
  3.  Menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain


CARA- CARA MENGAMALKAN AMALAN

  1.  Tidak memperkecilkan/merendah-rendahkan kebolehan orang lain 
  2.  Mewujudkan persefahaman dan kerjasama 
  3.  Melatih dari supaya berkelakuan sopan 
  4.  Menyedari hidup dilingkumi undang-undang 
  5.  Melatih diri supaya tidak emosional 

Hormat dan taat kepada ibu bapa
 Kewajipan dan tanggungjawab seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa

  1. Menolong ibu bapa 
  2. Bercakap dengan sopan 
  3. Tidak melawan cakap 
  4. Berhemah tinggi dan berperibadi mulia semasa berkomunikasi 
  5. Menghargai dan menyanjungi 
  6. Mengenang jasa dan pengorbanan 
  7. Meminta pandangan

Hormat dan taat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan,jiran tetangga dan pemimpin.
Menunjukkan rasa hormat kepada dolongan tersebut dengan memberi layanan yang baik


CIRI-CIRI

  1. Ikhlas dan tidak mengharapkan balasan 
  2. Menghormati orang tua tanpa mengira keturunan,pangkat, kedudukan dan harta 
  3. Tidak menyinggung perasaan ibu bapa 
  4.  Menerima nasihat dan tunjuk ajar


CARA-CARA

  1. Menjaga pertuturan 
  2. Memberi penghormatan kepada pemimpin 
  3. Sentiasa memberi senyuman, bertanya khabar, atau ucap selamat 
  4. Berkelakuan baik dan bersopan 
  5. Tidak mementingkan diri 
  6. Tidak syak wasangka 
  7. Membantu jiran jika perlukan pertolongan 


Hormat kepada Kepercayaan dan Adat Resam pelbagai Keturunan
Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia


CIRI-CIRI

  1. Amalkan adat resam dan kebudayaan sendiri 
  2. Tidak mengejek, mengutuk, menghina adat dan kepercayaan orang lain 
  3. Bebas mengamalkan adat dengan tidak melanggar peraturan



Hormat kepada keperibadian individu
Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu, terutama golongan yang kurang bernasib baik


CIRI-CIRI

  1. Hormat kepada sifat fizikal, bakat, potensi dan fikiran 
  2. Menjaga perasaan orang lain 
  3. Menghormati golongan yang kurang bernasib baik 
  4. Tidak memandang rendah orang lain 
  5. Mempertimbangkan pendapat orang lain



Patuh kepada undang-undang
Menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah di tentukan tanpa mengira di mana sahaja seseorang berada

CIRI-CIRI

  1. Memahami pentingnya undang-undang 
  2. menerima hukuman setimpal 
  3. berhati-hati dalam tindakan supaya tidak melanggar undang-undang 
  4. mengetahui hak sendiri

Patuh kepada ketepatan masa.
Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah


CIRI-CIRI

  1. Menepati janji 
  2. Mengurus masa 
  3. Bahagi dan suna masa sepenuhnya 
  4. Guna jadual waktu 
  5. Tidak berlengah-lengah siapkan kerja 
  6. Tidak menangguh kerja



Menghargai kebijaksanaan,pengalaman dan jasa
Menghargai seseorang kerana pengetahuan, pengalaman, pengorbanan dan jasanya dalam sesuatu lapangan


CIRI-CIRI

  1.  Menghargai jasa pekerja yang beri khidmat, ilmu dan tenaga 
  2.  Menghargai pengorbanan ibu bapa 
  3.  Memberi penghormatan kepada tokoh-tokoh 



Menghargai maruah diri
Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengira taraf dan kedudukan


CIRI-CIRI

  1. Mengamalkan sifat-sifat murni seperti baik hati, bercakap benar, berhemah tinggi 
  2. Tidak merosakkan nama baik sendiri 
  3. Menjaga perbuatan, tingkahlaku dan pertuturan 
  4. Berpakaian secara sopan 

7 comments: