Saturday, 12 May 2012

NILAI- NILAI MURNI MASYARAKAT INDIA


Masyarakat India kebanyakannya beragama Hindu. Bagi masyarakat India keluarga merupakan unit asas dan terpenting. ( Azhar Hj. Md Aros dan Azharuddin Mohd Dali 2000 : 164). Masyrakat India juga mengamalkan sistem keluarga bersama(joint family). Apa yang penting dalam masyarkat India ialah konsep terse but yang membentuk keperibadian dan jati diri masyrakat India agar bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh ajaran agama mereka. Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri serta anak-anak yang belum berkahwin. Sekiranya anak perempuan berkahwin mereka akan menjadi anggota keluarga suaminya. Tujuan berkeluarga adalah untuk mendapatkan zuriat sebagai penyambung keturunan. ( Azhar Hj. Md Aros danAzharuddin Mohd Dali2000:164). 


Apa yang dititikberatkan oleh masyarakat India ialah perpaduan di antara ahlikeluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda. Sistem keluarga bersama juga mengalami kemorosotan kerana tidak dapatbertahan dengan cabaran-cabaran semasa dan arus permodenan terutama pengaruh daripada Barat menerusi Media massa dan ICT. Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia danpurusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan. Disini  saya memperjelaskan tentang empat objektif mulia dalam membentuk jatidiri masyarakat India: (G.Sivapalan dan M.Rajanthheran dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM : 2002: 255-256).

1.        Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini.
2.        Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerjadan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal. 
3.        Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika.Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makan dan pakai ahli keluarga.
4.        Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tuayang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi.

Mereka melakukan keIja amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar AbdHamid2004 ; 359-360).Secara ringkasnya, agama Hindu mata menitkberatkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadap makhluk yang lain sama ada manusia atau haiwan. Sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai daIjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya sebaliknya mereka akan dilahirkan dengan daIjat yang rendah. Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 360).Kepercayaan inilah yang membentuk keperibadian masyarakat India dari segi etika dan moral yang mantap agar kehidupan mereka menjurus ke arah yang lebih baik. Ianya dapat menghindar masyarakat tersebut dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam kepercayaan mereka.

No comments:

Post a Comment