Saturday, 12 May 2012

AJARAN AGAMA HINDU


Agama Hindu adalah Agama tertua didunia . Pengasas Agama ini tidak diketahui. Perkataan Hindu datang daripada perkataan Sindhu , ia itu nama tempat tamadun Kaum Sindhu bermula , penduduknya digelar sindhu dan lama kelaman ia berubah menjadi Hindu. Nama betul bagi agama ini ialah Vedandi yang bermaksud – Orang yang diberi Veda atau Pengikut Veda.

Ajaran dan kepercayaan Asas Agama Hindu
  1. Tuhan hanya satu .
  2. Asas ( Nyawa) yang ada dalam semua kehidupan termasuk binatang adalah sama.
  3. Tuhan yang menentukaan semua yang berlaku disekitar kita.
  4. Tuhan memerintah dan mengoperasikan alam ini melalui dewa-dewi yang ditugaskan.
  5. Tiga dewa diberi keutamaan dalam Agama Hindu  ( Bramma – Pencipta ) (Vishnu- Penjaga ) (Siva – Pengampus )
  6. Manusia yang buat kebaikan akan masuk shurga , manusia yang buat kejahatan akan masuk neraka .
  7. Manusia akan hidup berulang kali sehingga semua karmanya selesai.
  8. Kehidupan yang hidup didunia ini bermula dari satu akal sehingga enam akal.
  9. Kitap suci agama hindu ada empat yang digelar Veda ( Rig, Atharva, Sama dan Yahjur ).
  10. Orang yang hidup mengikut veda digelar Vedandi.

Upacara dan Penyembahan
  1. Bakti – Percaya , Taat dan Cinta kepada Tuhan.
  2. Kriya  – Berpuasa – Membuat Yoga , Meditasi dan Bertapak
  3. Nyana – Belajar Kitab-kitab Suci dan Mendengar Nasihat Para Wali dan Yogi.
  4. Karma – Membantu orang yang miskin dan kurang upaya. Mengajar sesama manusia tentang Tuhan dan cara hidup yang betul.

Kewajipan dalam Agama Ini
  1. Wanita dan Lelaki harus menutup aurat.
  2. Orang muda wajib menghormati orang tua.
  3. Menderma makanan diutamakan.
  4. Wajib sembayang dan beribadah kepada Tuhan.

Larangan dalam Agama Ini
  1. Dilarang makan daging atau bahan dari badan binatang.
  2. Dilarang membunuh termasuk binatang.
  3. Dilarang minum arak dan bahan yang memabukkan.
  4. Dilarang merogol / Cabut Kehormatan wanita.
  5. Dilarang mencuri dan merompak.
  6. Dilarang membuat sesuatu perkara yang boleh merosakkan kehidupan manusia atau makhluk lain.
  7. Dilarang memotong pokok.

No comments:

Post a Comment