Saturday 12 May 2012

AJARAN AGAMA ISLAM


Agama Islam dibawa oleh Nabi Muhammad SAW untuk sekalian umat manusia. Penganut Agama Islam menggelar Tuhannya dengan Nama Allah . Al Quran diturunkan oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW,  sebagai Kitab panduan bagi umat Islam untuk sepanjang zaman sehingga ke hari kiamat. Dasar ajaran Agama Islam hanyalah Rukun Iman dan Rukun Islam.

Kepercayaan Pengikut Agama Islam
  1. Tuhan hanya satu
  1. Dia yang menentukan semua yang berlaku di seluruh dunia.
  1. Tuhan memerintah dan mengoperasi alam ini melalui malaikat-malaikat yang ditugaskan.
  1. Manusia yang buat kebaikan akan masuk syurga, manusia yang buat kejahatan akan masuk neraka .
  1. Tuhan menghantar seorang utusan dari manusia untuk manusia pada setiap masa dari ujudnya dunia ini sampai sekarang.
  1. Utusan pertama dunia ini ialah Nabi Adam AS, manusia pertama dan utusan terakhir ialah Nabi Muhammad SAW .
  1. Tiada utusan akan dihantar selepas Nabi Muhammad SAW.
  1. Kitab panduan bagi umat Islam ialah Al Quran . Al Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad SAW.
  1. Sebelum Al Quran , Allah telah menurunkan beberapa Kitab sebagai panduan. Tetapi Kitab-kitab tersebut tidak boleh diguna pakai oleh umat Islam sekarang kerana ,Kitab-kitab tersebut tidak lagi ujud dalam bentuk asalnya dan kebanyakan kandungannya telah diubah oleh manusia.
  1. Dunia ini akan Kiamat suatu hari nanti.
  1. Semua orang yang pernah hidup di dunia ini akan dibangkitkan selepas hari kiamat dan akan dipersoalkan tentang apa yang mereka lakukan di bumi ini.
  1. Segala-galanya yang ada di dunia ini dicipta untuk umat manusia. Dialah tuan di dunia ini.

Rukun Iman
  1. Percaya kepada Allah
  1. Percaya kepada Kitab Al Quran
  1. Percaya kepada Malaikat
  1. Percaya kepada Nabi dan Rasul
  1. Percaya kepada Hari kiamat
  1. Percaya kepada Takdir

Rukun Islam
  1. Percaya dalam hati, dan mengucap  secara lisan bahawa (Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan  Muhammad adalah pesuruh Allah)
  1. Solat 5 waktu sehari semalam.
  1. Berpuasa pada bulan Ramadan.
  1. Membayar zakat. (Wang bantuan bagi fakir miskin)
  1. Melakukan ibadat Haji bagi yang mampu. (Melawat dan beribadat di Mekkah)


Ibadat dalam Agam Islam
  1. Sembahyang lima waktu – seperti yang ditunjuk ajar oleh Nabi Muhammad SAW
  1. Berzikir – Nama Allah atau Ayat-ayat Al Quran
  1. Bertapak
  1. Berpuasa atau bernazar

Kewajipan dalam Agama Islam
  1. Wajib mengikut rukun Islam dan rukun iman.
  1. Perempuan dan lelaki menutup aurat.
  1. Mematuhi segala arahan dari Al Quran.

Larangan Dalam Agama Islam
  1. Dilarang membunuh.
  1. Dilarang mencuri atau merompak
  1. Dilarang melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kehidupan seorang manusia,binatang atau tumbuh-tumbuhan.
  1. Dilarang membunuh binatang dan tumbuh – tumbuhan,  kecuali untuk dimakan.






1 comment:

  1. nice post.. btw,, untuk rukun iman supposely percaya kepada malaikat dahuly then diikuti pula dengan percaya kepada Al Quran.. kedudukan antara dua perkara tue dah terbalik.. saya harap awak boleh betulkan.. terima kasih.. 😁😁😁

    ReplyDelete