Saturday 12 May 2012

NILAI- NILAI MURNI MASYARAKAT CINA

Nilai-nilai murni masyarakat Cina Mayarakat Cina juga mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri. Mereka memuja nenek moyang dan Tian (langit) Di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi. Ianya wujud di kalangan masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. 


Bagi masyrakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujud antuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mmepunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu memmentingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. 


Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme. Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral.Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua tersebut penting untukmencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun AsiaUM: 2002: 306-307) Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius(551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:


i.        Perikemanusiaan(ren)

ii.       kewaj aran(yi)

iii.      kesusilaan(Ii)

iv.     kearifan(zhi)


Selain daripada itu ketaatan kepada ibu bapa juga dititikberatkan oleh ajaran Konfusius. Menurut beliau jugamanusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat. Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia(xiao). Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan. Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat di mana usaha individu yang membentuk peribadi ke arah kebaikan. Gaozi menyatakan sifat semula jadi manusia tidak baik dan tidak jahat. ( Soo Khin Wah 2001 : 306-308). Ajaran konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai

Wulun iaitu:


i.      Raja dengan menter

ii.    Ayah dengan anak

iii.   Suami dengan Isteri

iv.  Abang dengan adik

v.    Kawan dengan kawan


Konsep diatas jelas menunjukkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai mumi yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Dalam ajaran Buddhisme pula mementingkan kesederhanaan dimana asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan. Keluarga dan masyarakat Cina amat mengambil berat tentang hubungan sesame manusia. Walaupun sistem kekeluargaan tradisional pemah mengalami perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa tetap berkekalan dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Dalam tamadun Cina kita dapat lihat masyarakat tersebut mementingkan nilai kemanusiaan di mana mereka menganggap manusia mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Nilai-nilai itu dapat dilihat hasil daripada humanisme antaranya ialah: ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002 : 310-311).


1.           Moral sebagai ideology

2.           Hubungan manusia dengan alam semesta.

3.           Mementingkan institusi keluarga

4.           Pendidikan diberi keutamaan.

5.           Keharmoniaan merupakan nilai utama


Daripada penjelasan di atas, jelaslah kepada kita bahawa masyarakat cina atau agamaBudha menyeru penganutnya berakhlak mulia. Oleh sebab itu masyarakat dan Negara haruslah hidup secara beretika berbudi pekerti mulia. Ianya jelas menunjukkan bahawa setiap golongan samada pemerintah dan diperintah mestilah mempunyai moral danakhlak yang mulia. Keluarga, masyarakat dan juganegara perlu mengetahui peranan masing-masing supaya kehidupan kita aman dan sejahtera.

No comments:

Post a Comment