Saturday, 12 May 2012

NILAI- NILAI MURNI MASYARAKAT MELAYU

Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa sehingga terungkap di dalam sebuah pantun yang tidak asing lagi iaitu:

Yang merah itu saga
Yang lorek itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang elok itu budi

Dan serangkap pantun yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu juga ialah :

Pisang emas di bawa be1ayarMasak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh di bayar
Hutang budi di bawa mati
Hutang emas boleh di bayar
Hutang budi di bawa mati

Pantun-pantun yang disebut di atas memperjelaskan kepada kita kepentingan budi dalam masyarakat Melayu. Ianya menunjukkan kepentingan budi dalam membentuk jati diri masyarakat Melayu. Betapa pentingnya budi dan bahasa sehingga terungkap dalam pantun-pantun. Apa yang penting nilai yang ada dalam budi itu sehingga membawa kemati menunjukkan kepada kita tentang keperibadian mayarakat Melayu yang mementingkan nilai-nilai mumi yang membawa masyarakat ke arah kehidupan yang saling lengkap melengkapi dan bekerjasama antara satu sarna lain. Tujuannya ialah supaya anggota masyarakat bertindak mengikut landasan yang dibenarkan dalam masyarakat dan budayanya. Kerajaan atau pemerintah juga merupakan egen pembentuk masyarakat yang bertamadun dan harmonis. Kejayaaan pemerintah dapat dinilai menerusi gaya kepimpinan yang diterajui oleh pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan amanah. 


Jati diri Melayu adalah merupakan asas kepada pembentukan sahsiah diri untukmembina peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi perkerti mulia. Dr Sidiq Fadhil mentakrifkan jati diri Melayu dalam pentakrifan konseptual iaitu berdiri diatas dua asas utama: agama dan budaya. ( Pemikir April-Jun 2003 : 5 ) Islam sebagai agama dan sistem kepercayaan yang merupakan teras jati diri orang Melayu. Perwatakan, adab dan kesusilaan orang Melayu yang bersandarkan kepada prinsip tauhid dan hukum syarak. Peghayatan nilai tauhid dalam sistem kehidupan samada dalam entiti keluarga,masyarakat dan sistem pemerintahan negara. Dalam masyarakat Melayu keperibadian dan pembentukan sahsiah diri atau jati diri amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi. 


Pelbagai bentuk egen yang membentuk struktur kemasyarakatan dalam masyrakat umat Islam dan orang Melayu. Keluarga merupakan agen sosialisasi utama dalarn masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang amat berat ini. Tujuannya ialah supaya keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota masyrakat yang mempunyai kepribadian yang luhur dan suci dan terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat seperti terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah, merompakdan lain-lain aktiviti yang tidak sihat. Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Kawalan sosial sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyrakat dan lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undang-undang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya. Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam danadat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam prosessosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dansyariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. ( Pemikir April-Jun2003:6) 


Ibu bapa Melayu selalu menggunakan beberapa kaedah dalam kontek mengajaranak kearah pembentukan peribadi yang baik di samping membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anak tersebut. Tujuan utamanya ialah mendidik dan mengajar supaya seorang anak itu akan menjadi insan yang berguna kepada nusa dan bangsa. Kaedah- kaedah diguna pakai oleh masyarakat Melayu seperti menegur, memberi nasihat dan juga merotan dengan kadar yang sepatutnya sejak kedi adalah antara budaya masyarakat Melayu yang menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarakat tersebut. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001: 187) Pembudayaaan pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya) masyarakat yang dianggotainya.(Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001: 187) Kedua-dua proses ini dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu, tetapi yang terpenting adalah pada masa seseorang itu masih kecil iaitu dari tahap kelahiran hingga ke tahap remaja. 


Proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001:191­192). Kedatangan Islam juga telah mengubah pandangan semesta masyarakat Melayudaripada unsur-unsur tahyul dan karut kepada pergantungan kepada Allah S.W.T selagi tiadak bercanggah dengan akidah dan syariah. Perubahan-perubahan berlaku dalam masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam dapat dilihat terutamanya dari segipendidikan. Saudagar arab yang terdiri daripada alim ulama telah menulis kitab-kitab agama dan menjadi pakar rujuk kepada masyarakat. Kehidupan masyarakat Melayu juga berubah di mana masyarakat menganggap sultan sebagai ' khalifah Allah di bumi' bagimenggantikan sistem beraja yang dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Buddha. (M.Rajantheran 1994 : 148). 


Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia, Sultanmerupakan ketua agama Islam. Segala permasalahan berkaitan agama akan dirujukkepada baginda Sultan. Manakala baginda pula akan merujuk kepada alim ulama danjuga mufti yang menjaga hal ehwal agama Islam. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) adalah agama yang sentiasa memertabatkan maruah, kemuliaan atauharga diri manusia. Islam tidak pemah membezakan kedudukan seorang dengan yang lain berdasarkan perbezaan wama kulit, jantina atau lainnya. Apa yang penting Islam membuka ruang permesyuaratan dan perbincangan kepada umatnya untuk menyelesaikan permasalahan berlaku di dunia hari. Golongan pemerintah pula hendaklah berfikiran terbuka menerima pandangan dan teguran masyarakat ke arah yang lebih baik selagiianya bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar. Berdasarkan pandangan bebarapa sarjana dan kupasan di atas maka dapadah kita simpulkan bahawa konsep jati diri yang menjadi asas penghayatan masyarakat Melayu adalah berpaksikan kepada 3 prinsip iaitu;

1. Islam sebagai agama dan sistem kepercayaan yang merupakan teras jati diri orang Melayu.
2. Perwatakan, adab dan kesusilaan orang Melayu yang bersandarkan kepadaprinsip tauhid dan hukum syarak.
3. Peghayatan nilai tauhid dalam system kehidupan samada dalam entiti keluarga, masyarakat dan sistem pemerintahan negara.

No comments:

Post a Comment